BLOG INI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU, OOI CHUN PING DAN OOI DAI JING...

Showing posts with label KANANG. Show all posts
Showing posts with label KANANG. Show all posts

Monday, July 13, 2009

KANANG: TEKNIK PLOT

TEKNIK PLOT

1) Dialog
Antara contoh dialog ialah:
a) “Jangan banyak fikir Michael.” Saya menegur Michael yang kelihatan resah. Koperal Michael hanya diam. (halaman 64)
b) “Aku belum cukup umur,” jawab saya pula.
“Pergilah berbaris. Cuba dulu,” pujuknya. (hlm. 15)

2) Saspens/suspens
Pembaca tertanya-tanya akan kesudahan yang dialami oleh Kanang setelah mengalami kecederaan yang begitu parah. Sebelum itu, pembaca juga tertanya-tanya sama ada Kanang dan anggota-anggota tentera yang lain mampu membunuh musuh atau tidak.

3) Imbas muka
Kanang telah menyatakan hasratnya untuk berjuang dalam bidang yang lain selepas bersara

4) Monolog dalaman
Ketika terjaga daripada mimpi buruk, Kanang telah berfikir sendirian tentang mimpi tersebut

5) Pemerian
Keadaan hidup Kanang yang serba susah dan kekurangan sejak kecil telah diceritakan melalui teknik ini
Kisah mimpi Kanang bahawa parang kesayangannya banyak berjasa kepadanya telah dipatah-patahkan, telah disampaikan melalui teknik ini
Matahari sudah naik dan teriknya sudah mula menggigit kepala. (hlm. 14)

KANANG: LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang cinta akan tanah air dengan sepenuh jiwa raga
- Anggota tentera yang diketuai Kanang yang tabah berjuang mempertahankan keamanan negara daripada ancaman musuh, iaitu pengganas komunis walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka.

Masyarakat yang berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan adat resam
- Kanang melakukan upacara tertentu, iaitu upacara “piring” dengan mempersembahkan makanan kepada dewa sebelum pergi berjuang supaya perjuangan yang bakal dihadapi selamat ditempuhi dan mencapai kejayaan.

Masyarakat yang prihatin tentang kebajikan orang lain
- Pegawai atasan dan rakan-rakan Kanan serta orang awam telah datang melawati dan menziarahi Kanang di hospital ketika terlantar selama setahun kerana cedera parah dalam pertempuran dalam Operasi Gerakan Pukat.

Masyarakat orang Iban di pedalaman Sarawak
- Kanang dilahirkan di rumah panjang dan hidup sebagai orang kampung pedalaman yang mengalami pelbagai peristiwa pahit dan manis.

Masyarakat tentera yang berdisiplin
- Kanang sangat berdisiplin setelah menyertai pasukan keselamatan

Masyarakat tentera yang patriotik
- Kanang sanggup berkorban jiwa dan raga demi melaksanakan perjuangan untuk membebaskan negara daripada ancaman pengganas.

Masyarakat Malaysia yang memandang tinggi jasa anggota pasukan keselamatan
- Kanang dianugerahi pelbagai pingat dan bintang sebagai mengenang jasa beliau dalam pasukan keselamatan.

Sunday, April 5, 2009

KANANG: LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang cinta akan tanah air dengan sepenuh jiwa raga
- Anggota tentera yang diketuai Kanang yang tabah berjuang mempertahankan keamanan negara daripada ancaman musuh, iaitu pengganas komunis walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka.

Masyarakat yang berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan adat resam
- Kanang melakukan upacara tertentu, iaitu upacara “piring” dengan mempersembahkan makanan kepada dewa sebelum pergi berjuang supaya perjuangan yang bakal dihadapi selamat ditempuhi dan mencapai kejayaan.

Masyarakat yang prihatin tentang kebajikan orang lain
- Pegawai atasan dan rakan-rakan Kanan serta orang awam telah datang melawati dan menziarahi Kanang di hospital ketika terlantar selama setahun kerana cedera parah dalam pertempuran dalam Operasi Gerakan Pukat.

Masyarakat orang Iban di pedalaman Sarawak
- Kanang dilahirkan di rumah panjang dan hidup sebagai orang kampung pedalaman yang mengalami pelbagai peristiwa pahit dan manis.

Masyarakat tentera yang berdisiplin
- Kanang sangat berdisiplin setelah menyertai pasukan keselamatan

Masyarakat tentera yang patriotik
- Kanang sanggup berkorban jiwa dan raga demi melaksanakan perjuangan untuk membebaskan negara daripada ancaman pengganas.

Masyarakat Malaysia yang memandang tinggi jasa anggota pasukan keselamatan
- Kanang dianugerahi pelbagai pingat dan bintang sebagai mengenang jasa beliau dalam pasukan keselamatan.

KANANG: PERWATAKAN HELEN

Soalan: Jelaskan secara ringkas perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel “Kanang”.

Watak sampingan : Helen Latai anak Intie
1) isteri yang memahami
- memahami sikap Kanang
- tidak marah walaupun ada wanita yang menggilai dan ingin berjumpa
dengan suaminya

2) bersikap penyayang
- menyayangi suaminya
- ketika suaminya terlantar tidak sedarkan diri, dia tidak makan selama
tiga hari kerana terlalu berdukacita

3) bersikap tabah
- sering ditinggalkan suaminya yang bertugas semasa menjalankan
operasi
- bersemangat kental menanti kepulangan suaminya yang sering terdedah
kepada bahaya selaku anggota tentera

KANANG: KEISTIMEWAAN KANANG

Keistimewaan watak utama
a) banyak kemahiran – menjejak atau memburu musuh di dalam hutan – dipelajari daripada datuknya


b) cekap berfikir walaupun dalam keadaan terdesak – terselamat daripada ditawan tentera Siliwangi, Indonesia

c) mendapat firasat tentang sesuatu perkara buruk yang akan berlaku – dalam operasi di Hutan Korbu, beliau telah berjumpa pak haji dalam mimpinya – pak haji menyatakan bahawa ayamnya akan menang tetapi beliau harus berusaha dan menggali dua buah lubang – beliau percaya itu ialah petanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku kepadanya dan pasukannya

KANANG: PERWATAKAN KANANG

(3) Perwatakan watak utama
a) berani - ketika operasi di Hutan Korbu, Kanang telah menumpaskan banyak pengganas – semasa konfrontasi, beliau menyelamatkan Pegawai Memerintahnya daripada musuh dalam pertempuran di Lubuk Antu, Sarawak

b) sangat nakal - menyumpit ayam orang hingga mati menggelupur – ditinggalkan oleh ibunya

c) bijaksana - mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu operasi – dalam saat genting ketika ditawan oleh tentera Siliwangi, Indonesia, beliau telah menyamar sebagai orang awam dan bercakap dalam bahasa Iban sehingga berjaya melepaskan diri daripada ditawan

KANANG: PERSOALAN

(1) Persoalan.
a) kenakalan anak dalam keluarga yang bermasalah
b) disiplin amat tinggi dalam kalangan anggota tentera
c) ketegasan ketika menjalankan tugas diperlukan
d) semangat setia kawan yang tinggi dalam pasukan


(2) Persoalan tentang ketabahan ketika menghadapi dugaan.
a) ditinggalkan ibu bapa sejak kecil
b) tidak mendapat kenaikan pangkat
c) cedera parah dalam operasi

KANANG: NILAI

Nilai dalam novel “Kanang”

Nilai
(1) Keberanian dan ketabahan
- Kanang sentiasa menunjukkan keberanian dan ketabahannya bertempur dengan musuh dalam setiap operasi yang disertainya.
- Kanang berani menembak musuh, kemudian mencantas muka musuhnya dan menjilat darahnya

(2) Kasih sayang
- Hubungan Kanang dengan isterinya, Helen
- Helen digambarkan dengan penuh kasih sayang sanggup berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Kanang yang koma sehinggalah Kanang mendapatkan rawatan selama setahun.

(3) Kerajinan
- sikap Kanang yang rajin menjalani latihan kawad

(4) Mementingkan kekemasan dan kebersihan
- Kanang digambarkan sentiasa berpakaian kemas dan rapi serta kasutnya sentiasa berkilat semasa menjalani latihan.

(5) Hormat kepada ketua
- Kanang sentiasa menurut perintah dan arahan pegawainya

(6) Kerjasama
- Kerjasama Kanang dan anggota tentera yang lain sebagai satu pasukan, misalnya dalam operasi Gerak Setia 8/79.
- Kanang dan anggota yang lain membantu rakan-rakan mereka yang tercedera ke winching point untuk diberikan rawatan, manakala anggota risik tempur dan pasukan tinjau khas mengawal keselamatan kawasan tersebut.

(7) Menghargai jasa
- Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
- potret Kanang telah diabadikan di Muzium Angkatan Tentera.

KANANG: NILAI KEMANUSIAAN

Soalan: Jelaskan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel.

Gigih – tidak fasih berbahasa Melayu ataupun Inggeris tetapi dapat menjalani latihan hingga tamat – Sekolah Latihan Peperangan Hutan, Ulu Tiram

Berani – berjalan di hadapan sekali ketika operasi di hutan walaupun dia mengetuai pasukan peninjau untuk memastikan keselamatan

Berdisiplin – pakaiannya sentiasa kemas dan berambut pendek – baju berkanji dan berseterika – kasut berkilat - mendapat kelepasan dalam berkawad kerana menunjukkan disiplin yang tinggi

KANANG: GAYA BAHASA

Diksi
Pemilihan kata yang digunakan sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan dunia ketenteraan. Contohnya, markas, raifal, platun.
Ayat
Ayat pendek. Contohnya,
Malam.
Badan masih lesu.
Ayat panjang. Contohnya:
Pada jam 2130 malam, selaku platun risik gempur 8 Renjer, saya telah menerima hukuman bergerak bersama-sama dengan kompeni C tinjau khas dan platun risik gempur RAMD.
Penggunaan Bahasa Asing
Contohnya, launcher, All round defence, paper potting, dan sebagainya.
Bahasa China, iaitu Chow.
Bahasa Iban, iaitu agi idup agi ngelaban.
Peribahasa
Maklumlah selama ini saya umpama katak di bawah tempurung.
Seperti sirih pulang ke tepak, maka saya pun ditukarkan semula ke batalion yang telah mengharumkan nama saya dahulu, Iaitu Batalion Kelapan Rejimen Renjer Malaysia.
Anak buah – merujuk kepada anggota bawahan Kanang yang tercedera dan terkorban semasa Gerakan Setia di Hutan Korbu.
Simile
o Pendek kata hidup saya laksana perahu yang terumbang-ambing dibuai ombak dan tidak mempunyai arah tujuan.
Repitasi/Pengulangan
o Kalau datuk ke sungai menjala ikan, saya ikut. Kalau datuk ke hutan pergi memburu, saya ikut.
Personifikasi
o Keletihan membuatkan saya tidur begitu nyenyak dengan dengkur yang keras tetapi sang mimpi telah mengganggu saya.
Metafora
o Api marah sudah menghantui saya.
Hiperbola
o Tangan kanannya tidak boleh diangkat. Dagingnya kelihatan berkecai dan darah membuak keluar.
Sinkof
o “Tunggu pak cik! Saya nak potong kepala pak cik!” Saya berteriak.
Loghat daerah
o Dua kupang lima duit

KANANG: PLOT

Soalan : Huraikan binaan plot dalam novel yang anda kaji.

Binaan Plot
- Permulaan
- Perkembangan
- Perumitan
- Puncak/klimaks
- Peleraian

(1) peristiwa Kanang yang merupakan budak nakal semasa kecil – menghadapi kesusahan hidup akibat perpisahan ibu bapa – dipelihara oleh datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibu kerana terlalu nakal
(2) peristiwa Kanang melakukan pelbagai kerja seaktu remaja – tukang masak dan penoreh getah – diterima menjadi anggota Iban Tracker
(3) peristiwa Kanang berjaya menentang tentera Indonesia semasa zaman konfrontasi – berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis
(4) peristiwa Kanang mengalami kecederaan parah di Hutan Korbu – tidak sedarkan diri – terlantar di hospital selama setahun
(5) peristiwa Kanang tersedar daripada koma dan setelah pulih, dia meneruskan perkhidmatan dalam angkatan tentera sehingga bersara – kehidupannya agak sukar setelah bersara – diabaikan walaupun menaburkan jasa yang besar

KANANG: NILAI DAN PENGAJARAN

Soalan: Bincangkan nilai dan pengajaran yang diperoleh daripada novel yang anda kaji.

NILAI
n Cinta akan tanah air. Contohnya, Kanang dan anggota tentera yang lain sanggup berjuang tanpa mengira masa dan kepentingan peribadi untuk.
n Penyayang. Helen sentiasa di sisi suaminya semasa suaminya dirawat.
n Rajin. Contohnya walaupun Kanang terkenal sebagai remaja yang nakal, tetapi dia rajin bekerja untuk mencari wang.
n Baik hati. Contohnya, walaupun Kanang sudah tidak bekerja mengangkut arang batu, tetapi Mr. Ford masih memberi Kanang wang perbelanjaan.
n Keberanian. Contohnya, Kanang sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamnatkan orang lain.

PENGAJARAN
n Setiap rakyat haruslah cinta akan tanah air dan sanggup berbakti untuk memajukan tanah air.
n Setiap anggota tentera mestilah memiliki sifat berani berjuang menentang musuh.
n Setiap orang hendaklah tabah menghadapi kesusahan dalam hidup.
n Setiap orang mestilah memiliki perasaan kasih sayang.
n Seseorang isteri hendaklah setia kepada suaminya dan sedia berkorban.

Monday, March 9, 2009

PENGHAYATAN KANANG: CERITA SEORANG PAHLAWAN

Sinopsis
Novel biografi ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan seorang perajurit, Kanang anak Langkau. Kanang berbangsa Iban dan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak. Akibat kenakalannya, Kanang telah dihalau oleh ibunya, lalu dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Kanang cekal menghadapi kesusahan hidup sejak kecil. Dia melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidupnya seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan perahu berenjin. Kanang juga menyertai angkatan tentera secara kebetulan dan diterima bekerja sebagai Iban Tracker. Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang melalui pelbagai pengalaman serta cabaran dalam pasukan tentera sehinggalah dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal.

Kanang telah ditembak oleh komunis ketika menyertai Gerakan Setia 8/79 di kawasan Hutan Korbu di Perak. Dia mendapat kecederaan parah dan terlantar di hospital selama sebulan. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat kedua tertinggi negara, iaitu Panglima Gagah Berani (PGB). Pada tahun 1981 pula, Kanang telah dianugerahi Bintang Keberanian Tertinggi Negara, iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Kanang bersara daripada angkatan tentera pada 30 Mei 1986 setelah berkhidmat selama 21 tahun. Kanang telah dikurniai Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak atas jasa-jasanya kepada negara.

Tema
Keberanian dan semangat nasionalisme
Kanang bersemangat kental dalam perjuangan menghapuskan pengganas komunis.

Persoalan
Semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat – Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah airnya daripada pengganas komunis.

Kegigihan dan kecekalan menghadapi dugaan hidup – Kanang tidak berputus asa walaupun dia hidup merempat selepas berhenti daripada tentera.

Kemiskinan masyarakat desa di Sarawak – Kanang serta penduduk di kawasan itu hidup dalam keadaan serba miskin dan di bawah tahap pembangunan.

Watak dan Perwatakan
Kanang
berketurunan Iban
beragama Pagan
dipelihara oleh datuk dan nenek selepas dihalau oleh ibunya
menjadi tentera sebagai Iban Tracker
berkahwin dengan Helen Latai dan dikurniai enam orang anak
berpegang kuat kepada kepercayaan tradisi dan pantang larang
bertanggungjawab terhadap keluarga dan negara
jujur dan berdedikasi
tentera yang berani dan sanggup berkorban untuk negara

Kapten Othman Abdul Hamid
ketua kompeni yang bertanggungjawab
berani menentang pengganas komunis
bijak membuat perancangan
dihormati oleh anak buahnya

Helen Latai
isteri Kanang berbangsa Iban
ibu dan isteri yang penyayang
mengambil berat masalah suami
pandai menyesuaikan diri sebagai isteri seorang tentera

Koperal Mohd Jamil
anggota Platun no. 8
berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara

Plot
Permulaan

Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya di kampung selepas dihalau oleh ibunya yang tidak tahan dengan kenakalannya

Perkembangan
Kanang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidupnya
Kanang menyertai angkatan tentera
Kanang berkahwin dengan Helen Latai dan mendapat enam orang anak

Perumitan
anggota platun yang diketuai oleh Kapten Othman Abdul Hamid dalam misi mereka untuk menghapuskan sarang pengganas komunis di Perak

Klimaks
Kanang cedera parah ditembak oleh pengganas komunis dan dia tidak sedarkan diri

Peleraian
Kanang dianugerahi PGB dan SP
Kanang bersara daripada angkatan tentera

Nilai dan Pengajaran
cinta akan tanah air – kita perlu sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah air


keberanian – setiap orang harus berani berjuang menentang musuh negara. Kanang sedikit pun tidak berasa gentar apabila berhadapan dengan musuh

dedikasi – kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kanang bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya hingga sanggup mengorbankan kepentingannya

ketabahan – kita perlu tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup. Kanang tidak pernah berputus asa walaupun kehidupannya melarat selepas berhenti daripada tentera

Latar Masyarakat
percaya dan berpegang kuat pada adat
- Kanang percaya kepada mimpi
- Datuk mengamalkan ilmu memuja buaya

disiplin tinggi dalam kalangan tentera
- masyarakat tentera tinggi disiplinnya seperti Kanang yang taat akan ketuanya

masyarakat luar bandar yang miskin
- bekerja secukup hidup, menjala ikan, membawa bot dan lain-lain lagi

semangat cinta akan negara
- tentera Malaysia sanggup berkorban untuk negara

masyarakat asing yang prihatin akan pekerjanya
- Mr. Ford membantu Kanang dari segi kewangan walaupun ketika itu dia telah

muflis
- Mr. Ford menulis surat sokongan kepada Kanang untuk memohon kerja sebagai Iban Tracker

masyarakat Iban yang beragama Pagan
- mereka percaya akan kuasa yang membantu mereka dalam kesusahan

masyarakat Iban yang mempunyai kemahiran mengesan sesuatu
- datuk Kanang menurunkan ilmu mengesan binatang/musuh kepada Kanang
- Iban Trackers ditubuhkan kerana orang Iban memang pandai menjejak

masyarakat yang tahu menghargai jasa orang
- Kanang menerima pelbagai anugerah dan dinaikkan pangkat atas jasanya
- ketua dan rakan Kanang sedih atas bencana yang menimpa Kanang

masyarakat yang pandai menyesuaikan diri
- keluarga tentera asyik berpindah-randah