BLOG INI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU, OOI CHUN PING DAN OOI DAI JING...

Monday, March 9, 2009

PENGHAYATAN KANANG: CERITA SEORANG PAHLAWAN

Sinopsis
Novel biografi ini mengisahkan kehidupan dan perjuangan seorang perajurit, Kanang anak Langkau. Kanang berbangsa Iban dan dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Karangan Manok Nanga Meluan, Sarawak. Akibat kenakalannya, Kanang telah dihalau oleh ibunya, lalu dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Kanang cekal menghadapi kesusahan hidup sejak kecil. Dia melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara hidupnya seperti menjadi tukang masak, penoreh getah, dan mengangkut penumpang dengan perahu berenjin. Kanang juga menyertai angkatan tentera secara kebetulan dan diterima bekerja sebagai Iban Tracker. Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang melalui pelbagai pengalaman serta cabaran dalam pasukan tentera sehinggalah dia dinaikkan pangkat sebagai Lans Koperal.

Kanang telah ditembak oleh komunis ketika menyertai Gerakan Setia 8/79 di kawasan Hutan Korbu di Perak. Dia mendapat kecederaan parah dan terlantar di hospital selama sebulan. Pada tahun 1980, Kanang telah dianugerahi pingat kedua tertinggi negara, iaitu Panglima Gagah Berani (PGB). Pada tahun 1981 pula, Kanang telah dianugerahi Bintang Keberanian Tertinggi Negara, iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Kanang bersara daripada angkatan tentera pada 30 Mei 1986 setelah berkhidmat selama 21 tahun. Kanang telah dikurniai Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak atas jasa-jasanya kepada negara.

Tema
Keberanian dan semangat nasionalisme
Kanang bersemangat kental dalam perjuangan menghapuskan pengganas komunis.

Persoalan
Semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat – Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah airnya daripada pengganas komunis.

Kegigihan dan kecekalan menghadapi dugaan hidup – Kanang tidak berputus asa walaupun dia hidup merempat selepas berhenti daripada tentera.

Kemiskinan masyarakat desa di Sarawak – Kanang serta penduduk di kawasan itu hidup dalam keadaan serba miskin dan di bawah tahap pembangunan.

Watak dan Perwatakan
Kanang
berketurunan Iban
beragama Pagan
dipelihara oleh datuk dan nenek selepas dihalau oleh ibunya
menjadi tentera sebagai Iban Tracker
berkahwin dengan Helen Latai dan dikurniai enam orang anak
berpegang kuat kepada kepercayaan tradisi dan pantang larang
bertanggungjawab terhadap keluarga dan negara
jujur dan berdedikasi
tentera yang berani dan sanggup berkorban untuk negara

Kapten Othman Abdul Hamid
ketua kompeni yang bertanggungjawab
berani menentang pengganas komunis
bijak membuat perancangan
dihormati oleh anak buahnya

Helen Latai
isteri Kanang berbangsa Iban
ibu dan isteri yang penyayang
mengambil berat masalah suami
pandai menyesuaikan diri sebagai isteri seorang tentera

Koperal Mohd Jamil
anggota Platun no. 8
berani dan sanggup berkorban demi mempertahankan negara

Plot
Permulaan

Kanang dipelihara oleh datuk dan neneknya di kampung selepas dihalau oleh ibunya yang tidak tahan dengan kenakalannya

Perkembangan
Kanang melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidupnya
Kanang menyertai angkatan tentera
Kanang berkahwin dengan Helen Latai dan mendapat enam orang anak

Perumitan
anggota platun yang diketuai oleh Kapten Othman Abdul Hamid dalam misi mereka untuk menghapuskan sarang pengganas komunis di Perak

Klimaks
Kanang cedera parah ditembak oleh pengganas komunis dan dia tidak sedarkan diri

Peleraian
Kanang dianugerahi PGB dan SP
Kanang bersara daripada angkatan tentera

Nilai dan Pengajaran
cinta akan tanah air – kita perlu sanggup berkorban demi mempertahankan negara tercinta. Kanang mempunyai semangat juang yang tinggi demi mempertahankan tanah air


keberanian – setiap orang harus berani berjuang menentang musuh negara. Kanang sedikit pun tidak berasa gentar apabila berhadapan dengan musuh

dedikasi – kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kanang bersungguh-sungguh melaksanakan tugasnya hingga sanggup mengorbankan kepentingannya

ketabahan – kita perlu tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup. Kanang tidak pernah berputus asa walaupun kehidupannya melarat selepas berhenti daripada tentera

Latar Masyarakat
percaya dan berpegang kuat pada adat
- Kanang percaya kepada mimpi
- Datuk mengamalkan ilmu memuja buaya

disiplin tinggi dalam kalangan tentera
- masyarakat tentera tinggi disiplinnya seperti Kanang yang taat akan ketuanya

masyarakat luar bandar yang miskin
- bekerja secukup hidup, menjala ikan, membawa bot dan lain-lain lagi

semangat cinta akan negara
- tentera Malaysia sanggup berkorban untuk negara

masyarakat asing yang prihatin akan pekerjanya
- Mr. Ford membantu Kanang dari segi kewangan walaupun ketika itu dia telah

muflis
- Mr. Ford menulis surat sokongan kepada Kanang untuk memohon kerja sebagai Iban Tracker

masyarakat Iban yang beragama Pagan
- mereka percaya akan kuasa yang membantu mereka dalam kesusahan

masyarakat Iban yang mempunyai kemahiran mengesan sesuatu
- datuk Kanang menurunkan ilmu mengesan binatang/musuh kepada Kanang
- Iban Trackers ditubuhkan kerana orang Iban memang pandai menjejak

masyarakat yang tahu menghargai jasa orang
- Kanang menerima pelbagai anugerah dan dinaikkan pangkat atas jasanya
- ketua dan rakan Kanang sedih atas bencana yang menimpa Kanang

masyarakat yang pandai menyesuaikan diri
- keluarga tentera asyik berpindah-randah

1 comment:

宁凯wong said...

i want to find the perwatakan of Mr.Ford....majikan kanang....here is no perwatakan mr.ford...can you please add on this?thx