Penghayatan Komsas
Drama “Asar Belum Berakhir”
mendermakan
menghafaz
menunaikan
menasihati
kehidupan
bertaubat
terserempak
tawaran
bersyukur
keinsafan
Sinopsis
Yatim sedang dalam perjalanan ke surau untuk ______________ solat asar apabila dia _______________ dengan seorang lelaki tua yang mengajaknya berbual-bual. Orang tua itu menceritakan _______________ masa lampaunya yang penuh maksiat. Atas rasa ____________, dia meminta Yatim mengajarnya ilmu agama. Orang tua itu turut bercadang untuk ______________ tanah peninggalan isterinya untuk dijadikan tapak masjid. Malahan, dia juga ingin mendermakan matanya kepada Yatim yang buta. Yatim agak keberatan untuk menerima _____________ orang tua itu kerana ______________ dengan keadaannya sekarang. Yatim khuatir dia tidak akan dapat ______________ al-Quran dan melakukan maksiat jika dia dapat melihat semula. Yatim _______________ orang tua itu agar ______________ dan mengajaknya ke surau untuk menunaikan solat asar bersama-sama dengan orang kampung yang lain.
Latar masa
waktu asar
waktu petang
Latar tempat
di bawah pokok ketapang
di tepi jalan
di hadapan sebuah surau tua
Watak dan perwatakan
Yatim
berusia dalam lingkungan 30-an
buta akibat demam panas
hafaz al-Quran sejak berusia 10 tahun
seorang yang alim
menjadi yatim piatu setelah ibu bapanya maut akibat kemalangan jalan raya.
seorang pendakwah
Orang Tua
berusia melebihi 50 tahun
keseorangan setelah kematian isteri
jahil tentang ilmu agama
miskin dan tidak berharta kerana dihabiskan semasa muda
bergelumang dengan maksiat semasa muda
tidak bertanggungjawab terhadap anak-anaknya
bermurah hati
Imran
kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun
anak orang kaya
menghormati orang tua
rajin mengerjakan solat
Plot
Permulaan - Yatim dan orang tua bertemu secara tidak sengaja di bawah pokok ketapang berhampiran dengan surau.
Perkembangan - Yatim dan orang tua berbual-bual. Orang tua itu menceritakan masa lampaunya yang penuh dengan maksiat dan tidak bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Klimaks - Imran berlari dan mengatakan bahawa ada orang yang tidak dikenali mencari orang tua itu.
Peleraian - Yatim, orang tua, dan Imran pergi ke surau untuk bertemu dengan orang yang dimaksudkan oleh Imran.
Pemikiran/Tema
Keinsafan diri stelah menyedari kesilapan lampau.
Persoalan
tanggungjawab seorang ayah kepada anak-anak
kepentingan menghayati ajaran agama
hubungan persaudaraan
reda dengan takdir yang ditentukan
Nilai dan pengajaran
Bantu-membantu
Keikhlasan
Hormat-menghormati
Simpati
BLOG INI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU, OOI CHUN PING DAN OOI DAI JING...
Sunday, March 22, 2009
KARANGAN: MEROKOK
Punca-punca remaja merokok.
Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai usaha dijalankan untuk membendung gejala negatif ini daripada terus mempengaruhi para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah mengakui bahawa mereka merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya. Sikap terikut-ikut dengan tabiat tidak sihat ini seterusnya akan menghanyutkan mereka sehingga merasakan bahawa merokok itu bukanlah sesuatu yang buruk atau menyalahi etika hidup.
Tidak kurang juga yang secara jujur mengakui bahawa rasa bosan dengan beban tugas sebagai pelajar telah mendorong mereka menghisap rokok. Jika alasan ini dikaji, ternyata kebanyakan pelajar ini merupakan mereka yang malas dan ada yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca, dan mengira (3M). Oleh itu, mereka dengan mudah menuding jari kepada pihak lain. Ibu bapa menjadi sasaran untuk dipersalah kerana dikatakan bahawa ibu atau bapa yang merokok akan menyebabkan anak-anak mengikut jejak langkah mereka.
Walaupun kita lihat banyak iklan mahupun kempen tidak merokok dijalankan namun remaja tetap remaja. Naluri ingin tahu yang ada pada mereka acapkali mendorong mereka mencuba sesuatu yang ditegah. Naluri ini jika tidak dikawal akan mengakibatkan rasa ketagihan dan rasa seronok apabila dapat menghisap rokok.
Di Malaysia rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli walaupun hanya sebatang. Keadaan ini menjadikan tabiat merokok semakin berleluasa kerana dengan harga serendah empat puluh sen, pelajar sekolah sudah boleh membeli rokok. Memandangkan longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan rokok, kerajaan mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi.
Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih bergaya dan kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah kerana merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya mengundang ketagihan yang berpanjangan.

NOVEL: PENGAJARAN NOVEL TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 3
KAJIAN NOVEL
Sesebuah novel mempunyai pengajaran sebagai panduan kepada pembaca. Berdasarkan novel Tragedi Empat Disember dan Kanang, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
TRAGEDI EMPAT DISEMBER
1) Pengajaran : Kita hendaklah bekerjasama melakukan sesuatu perkara.
Contoh:
Kamarul Azam, Razi, Lina Lim, dan rakan yang lain bekerjasama ketika menjalankan aktiviti perkhemahan. Mereka membahagikan tugas seperti mencari kayu api dan memasak.
2) Pengajaran : Kita hendaklah tabah menghadapi ujian Tuhan.
Contoh:
Kamarul Azam dan keluarganya tabah dan sabar menerima berita kematian bapanya dalam nahas kapal terbang yang dirampas oleh penjahat.
3) Pengajaran : Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara.
Contoh:
DSP Yazid berusaha bersungguh-sungguh mencari maklumat berkaitan dengan rampasan kapal terbang.
KANANG
1) Pengajaran : Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Contoh:
Kanang tabah menerima takdir setelah mengalami kecederaan parah dalam operasi menentang pengganas komunis. Helen juga tabah menemani Kanang ketika dirawat di hospital.
2) Pengajaran : Kita hendaklah bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Contoh:
Kanang dan anggotanya bekerjasama dalam pasukan ketika menjalankan operasi di hutan menentang pengganas komunis. Anggotanya juga bekerjasama membawa Kanang yang luka parah keluar dari hutan.
3) Pengajaran : Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara.
Contoh:
Kanang sanggup berkorban masa, tenaga, dan nyawa untuk menentang pengganas komunis walaupun dirinya berdepan dengan risiko yang tinggi.

KARANGAN: PERPADUAN KAUM
Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.
Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.
Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.
Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

KARANGAN: JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN
1. Terdapat beberapa jenis pengenalan karangan untuk memulakan penulisan.
2. Antaranya termasuklah:
a. pengenalan jenis definisi
b. pengenalan jenis pendapat
c. pengenalan jenis suasana
d. pengenalan jenis persoalan
e. pengenalan jenis peribahasa
f. pengenalan jenis sejarah
Pengenalan Jenis Definisi
Soalan Contoh
Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.
Contoh Pengenalan
“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.
Latihan
Masalah ponteng kerap dilaporkan melalui media massa. Berikan pendapat anda tentang punca-punca gejala ini semakin berleluasa.
Pengenalan Jenis Pendapat
Soalan Contoh
Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.
Contoh Pengenalan
Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.
Latihan
Sektor pertanian di negara ini semakin diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan para belia menceburi bidang pertanian.
Pengenalan Jenis Suasana
Soalan Contoh
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumahnya tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa kejadian itu berlaku.
Contoh Pengenalan
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar akan jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
Latihan
Sewaktu menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah, seorang rakan anda telah mengalami kecederaan. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa kejadian itu berlaku.
Pengenalan Jenis Persoalan
Soalan Contoh
Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
Contoh Pengenalan
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
Latihan
Masalah kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar masa kini kurang berdisiplin.
Pengenalan Jenis Peribahasa
Soalan Contoh
Tulis suatu rencana yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemajuan” untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Contoh Pengenalan
Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “Bagai aur dengan tebing”, dan “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua”. Semua peribahasa yang dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.
Latihan
Semangat perpaduan antara kaum hendaklah dikekalkan ataupun ditingkatkan. Huraikan penyataan tersebut.
Pengenalan Jenis Sejarah
Soalan Contoh
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.
Contoh Pengenalan
Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
Latihan
Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda ibu negara.

KARANGAN: RANGKA KARANGAN PENDAPAT
Karangan Jenis Pendapat dan Perbincangan
Analisis Soalan PMR
2002 – Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional
2003 – Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
2004 – Faedah amalan menabung
2005 – Masyarakat mempunyai peranan penting menangani pelbagai gejala negatif
dalam kalangan masyarakat
Contoh Soalan 1
Penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam kehidupan yang serba moden dan mencabar ini. Bincangkan kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat di negara ini.
Isi-isi Penting
a) bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa – negara asal bahasa Inggeris mendominasi dunia dari segi ekonomi dan kemajuan teknologi
b) sektor swasta memperluas penggunaan bahasa Inggeris – kemahiran bahasa Inggeris diperlukan dalam menggaji pekerja
c) mencapai sebuah negara perindustrian – penggunaan teknologi maklumat yang mementingkan bahasa Inggeris – merancakkan pembangunan negara
d) menceburi bidang politik – pemilihan pemimpin negara yang mahir berbahasa Inggeris – menyuarakan pendapat di peringkat antarabangsa
Contoh Soalan 2
Pihak kerajaan telah menganjurkan kempen kitar semula dalam usaha memastikan
kebersihan alam sekitar terjamin. Bincangkan kepentingan amalan kitar semula ini.
Isi-isi Penting
a) kepentingan kitar semula – memastikan kebersihan alam sekitar sentiasa terjamin – mengurangkan kuantiti sampah
b) menikmati udara yang segar – dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit – kanak-kanak dapat membesar dengan sihat
c) faktor perkembangan sektor pelancongan – persekitaran yang bersih dapat menarik kedatangan pelancong
d) menaikkan nama Malaysia dari segi kebersihan – generasi akan datang akan memperoleh keselesaan
Contoh Soalan 3
Dewasa ini sering kita terdengar tentang isu kemerosotan disiplin murid. Nyatakan cara-cara bagi mengatasi masalah kemerosotan disiplin dalam kalangan murid.
Isi-isi Penting
a) memperketat undangt-undang di sekolah – digantung atau dibuang sekolah
b) ibu bapa meluangkan banyak masa bersama-sama dengan anak-anak – memberikan didikan agama yang sempurna
c) murid diterapkan dengan aktiviti kerohanian, bimbingan, dan kaunseling – aktiviti muhasabah diri, ceramah, dan forum – menginsafkan murid
d) media massa menyiarkan rancangan yang bercorak keagamaan dan moral – menolak rancangan bercorak ganas dan seks

KARANGAN: PEMBENTUKAN SAHSIAH MELALUI SAHABAT
PEMBENTUKAN SAHSIAH MELALUI SAHABAT
Dalam meniti kehidupan, kita pasti akan berdampingan dengan ahli keluarga, saudara-mara, dan rakan taulan. Tanpa mereka, hidup kita akan dilanda kesunyian dan keterasingan. Lantaran itu, untuk memenuhi fitrah kehidupan, teman atau sahabat merupakan pendamping yang penting, malah amat vital sekali dalam meneruskan kelangsungan hidup. Sahabat merupakan insan yang terhampir dengan kita dan lazimnya mereka sebaya dengan kita. Menyedari hakikat tersebut, peranan sahabat dalam pembentukan sahsiah diri kita merupakan suatu interaksi yang wajar dihalusi agar kita berupaya untuk memiliki keterampilan yang unggul dan berkesan.
Sahabat memainkan peranan penting dalam pembentukan keperibadian seseorang. Sahabat banyak mempengaruhi perwatakan seseorang individu. Pengaruh daripada sahabat amat mendominasikan tingkah laku dan landasan pemikiran kita. Situasi ini memberikan dampak besar kepada keseluruhan pembentukan sahsiah. Misalnya, hubungan yang erat akan menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan gaya sahabatnya dari segi cara pergaulan, cara pertuturan dan cara pemakaian. Jika seseorang sahabat berpakaian mengikut fesyen terkini dan suka berfoya-foya, tidak mustahil juga kita turut mencontohi gaya buruknya. Teringat suatu falsafah yang amat menarik untuk dihayati, iaitu “Beritahulah aku siapa sahabatmu, dan aku akan memberitahu siapa diri kamu”. Bukankah kita sering diperingatkan agar bijak memilih sahabat? Peringatan ini sememangnya sangat wajar direnungi sedalam-dalamnya kerana terkandung maksud yang luas dan terselindung makna yang tersirat. Oleh sebab itu, kita mestilah bijak untuk memilih sahabat kerana selain keluarga, sahabat merupakan insan yang akan membentuk pola kehidupan kita secara lahiriah dan batiniah.
Semua khalayak mempunyai masalah tersendiri. Masalah tersebut lazimnya diluahkan kepada sahabat untuk dirungkaikan bersama-sama. Inilah senario yang berlaku sejak dahulu. Sering kali sahabat lebih dipercayai oleh kebanyakan remaja kerana mereka berasakan bahawa hubungan antara mereka dengan sahabat lebih dekat berbanding dengan keluarga. Apa-apa kesulitan yang dirundungi akan lenyap kerana perasaan yang lama dipendam dalam sanubari dapat dikongsi bersama-sama dengan sahabat, seterusnya bebannya akan menjadi lebih ringan. Seorang insan yang memahami perasaan kita terutamanya perasaan sedih, terdesak, dan gemuruh banyak membantu kita dalam mengimbangi kestabilan dalaman. Keadaan ini akan menyemai semangat juang yang tinggi untuk menghadapi kehidupan yang semakin ruwat. Dalam konteks ini, peranan sahabat tidak wajar dikesampingkan kerana sahabat memainkan peranan yang penting dalam usaha kita menangani segala cabaran hidup. Lantaran itulah, sahabat telah dikenal pasti sebagai insan yang mencorakkan sahsiah dalam keadaan tenang mahupun dalam keadaan genting.
Namun begitu, kita hendaklah berwaspada dan teliti semasa memilih sahabat. Sahabat yang berakhlak mulia dan berkeperibadian baik dapat mempengaruhi kita dengan amalan dan sikap-sikap positif. Kita dapat meluaskan horizon pemikiran bersama-sama dengan sahabat sama ada di sekolah ataupun di rumah masing-masing. Galakan sahabat yang positif juga banyak membantu kita untuk membaiki sikap kita dan seterusnya memajukan diri dengan penuh informasi dan kesedaran. Berfikirlah betul-betul sebelum menjejaki langkah seterusnya semasa memilih sahabat agar tidak tersalah langkah dan merosakkan masa depan yang cerah yang dinanti-nantikan. Alangkah buruknya jika kita terikut-ikut budaya atau perkara-perkara yang negatif. Perkara ini memakan diri secara tidak langsung. Janganlah sudah terhantuk baru tengadah. Gunakanlah akal fikiran yang rasional sebelum memilih sahabat. Untuk mengenali sahabat yang baik, tunggulah apabila kita berhadapan dengan sesuatu krisis atau musibah. Pada ketika itu, lihatlah tempat sahabat kita berada. Adakah mereka masih setia berdamping dengan kita, ataupun mereka meninggalkan kita tanpa sebarang pesan atau simpati? Sahabat yang mampu mencorakkan keperibadian kita ialah sahabat yang sanggup bersusah payah dengan kita, dan tetap berdiri teguh di belakang kita dalam apa-apa situasi sekalipun. Mereka memahami diri kita seperti mereka memahami diri mereka sendiri. Tidak ada istilah kesulitan untuk membantu kita. Mereka akan bergembira melihat kita berjaya. Mereka tidak ada secalit pun perasaan hasad jika kita berjaya. Inilah kriteria sahabat yang mesti dijejaki. Ungkapan menyatakan bahawa “sahabat ketawa mudah dicari, sahabat menangis sukar dijejaki”.
Sebagai intihanya, tanpa sahabat, kehidupan kita akan menjadi tawar dan tidak menarik. Sahabat menjadi salah satu aset yang harus diingati dalam kamus kehidupan kita. Kita hendaklah bijak semasa memilih sahabat supaya kita lebih berdaya maju dan mampu melangkah jauh ke hadapan. Ini akan dapat membentuk modal insan yang berkemampuan memberikan sumbangan besar kepada nusa. Sahabat yang terbaik memang sukar untuk dicari, namun tidak mustahil ada di sekeliling kita. Pandanglah dengan indera yang terbuka untuk mengenali sahabat. Bersikap jujurlah kepada diri agar kita benar-benar bersahabat dengan orang yang menganggap dirinya sebahagian daripada diri kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)