BLOG INI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU, OOI CHUN PING DAN OOI DAI JING...

Monday, March 9, 2009

KARANGAN: CARA MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN

Perenggan Isi
1. Selepas pendahuluan, pelajar-pelajar perlu menulis perenggan isi pula.
2. Biasanya, isi yang pertama terletak pada perenggan yang kedua, isi yang kedua terletak pada perenggan ketiga, dan seterusnya.
3. Dari segi isi, pelajar-pelajar dikehendaki menulis satu isi untuk satu perenggan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar boleh mengemukakan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian.
4. Secara keseluruhan, perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandung empat ayat hingga enam ayat dalam setiap perenggan seperti yang dinyatakan di bawah ini:
a. ayat judul

b. ayat huraian
c. ayat bukti/contoh
d. ayat penegas

Ayat Judul
1. Ayat yang mengandung kata kunci jawaban yang menjawab pokok persoalan karangan.
2. Ayat judul ini boleh diletakkan di bahagian awal, di tengah, atau di hujung sesuatu perenggan.


Ayat Huraian
1. Ayat huraian pula huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukan yang bertujuan untuk
memberikan penjelasan tentang perkara yang diperkatakan atau menyokong isi-isi utama.
2. Karangan yang baik akan mengemukakan beberapa ayat huraian.


Ayat Bukti/Ayat Contoh
1. Ayat bukti atau ayat contoh pula ialah ayat-ayat yang mengandung bukti atau contoh yang
berkaitan dengan isi yang diperkatakan yang bertujuan untuk memperkuat hujah.
2. Bukti dan contoh yang dikemukakan mestilah bukti yang sahih dan bukan bukti atau contoh yang sengaja diada-adakan.


Ayat Penegas
1. Ayat penegas ialah ayat yang memberikan penegasan terhadap isi dan huraian.
2. Ayat ini biasanya mempunyai penanda wacana seperti “ Tegasnya”, “Oleh itu”, dan
“Sehubungan dengan itu”.

Contoh Penulisan Isi
Ayat Judul
Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah mengenakan denda yang lebih berat terhadap pengguna-pengguna jalan raya yang cuai dan tidak bertimbang rasa.


Ayat Huraian
Denda yang dikenakan ini sekurang-kurangnya akan menakutkan mereka atau memberikan kesedaran kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan bersopan di jalan raya.


Ayat Contoh
Sebagai contohnya, cadangan untuk menaikkan denda maksimum daripada RM300 kepada RM600 bagi sebarang kesalahan di jalan raya serta cadangan untuk mengenakan hukuman penjara bagi kesalahan memandu ketika mabuk dan mengadakan perlumbaan haram di jalan raya hendaklah disokong oleh semua pihak.


Ayat Penegas
Tegasnya, denda yang berat akan memberikan kesedaran kepapa pengguna supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.

2 comments:

Anonymous said...

nyallll nyall nyalll!!!!!

Bonjour said...

Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana membantu saya untuk menulis isi dalam peperiksaan pertengahan tahun