BLOG INI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU, OOI CHUN PING DAN OOI DAI JING...

Sunday, March 22, 2009

NOVEL: PENGAJARAN NOVEL TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 3

KAJIAN NOVEL
Sesebuah novel mempunyai pengajaran sebagai panduan kepada pembaca. Berdasarkan novel Tragedi Empat Disember dan Kanang, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

TRAGEDI EMPAT DISEMBER
1) Pengajaran : Kita hendaklah bekerjasama melakukan sesuatu perkara.
Contoh:
Kamarul Azam, Razi, Lina Lim, dan rakan yang lain bekerjasama ketika menjalankan aktiviti perkhemahan. Mereka membahagikan tugas seperti mencari kayu api dan memasak.

2) Pengajaran : Kita hendaklah tabah menghadapi ujian Tuhan.
Contoh:
Kamarul Azam dan keluarganya tabah dan sabar menerima berita kematian bapanya dalam nahas kapal terbang yang dirampas oleh penjahat.

3) Pengajaran : Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara.
Contoh:
DSP Yazid berusaha bersungguh-sungguh mencari maklumat berkaitan dengan rampasan kapal terbang.

KANANG
1) Pengajaran : Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Contoh:
Kanang tabah menerima takdir setelah mengalami kecederaan parah dalam operasi menentang pengganas komunis. Helen juga tabah menemani Kanang ketika dirawat di hospital.

2) Pengajaran : Kita hendaklah bekerjasama dalam pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Contoh:
Kanang dan anggotanya bekerjasama dalam pasukan ketika menjalankan operasi di hutan menentang pengganas komunis. Anggotanya juga bekerjasama membawa Kanang yang luka parah keluar dari hutan.

3) Pengajaran : Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara.
Contoh:
Kanang sanggup berkorban masa, tenaga, dan nyawa untuk menentang pengganas komunis walaupun dirinya berdepan dengan risiko yang tinggi.

No comments: