BLOG INI KHUSUS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU, OOI CHUN PING DAN OOI DAI JING...

Sunday, April 5, 2009

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: NILAI MURNI

1 Kerjasama
Pasukan keselamatan Malaysia bekerjasama dengan pasukan keselamatan Indonesia

2 Berhemah tinggi
Fairuz menghormati DSP Yazid sebagai pegawai tinggi polis

3 Kesabaran
Puan Katijah sabar menghadapi dugaan akibat kehilangan suami dan anak yang belum ditemukan

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: GAYA BAHASA

1) Diksi
- bersesuaian dan tepat dengan tema dan persoalan
- contoh : bergegas, dirungkai, menekur, misteri
- kata pinjaman : Inggeris – British Seaman, passport, land rover
- kata singkatan : dah, nak, tak

2) Bahasa figuratif
- metafora : dada langit
- simile : ... bagai menggambarkan alam turut bersimpati
- personifikasi : senjata api itu akan memuntahkan pelurunya...

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: PERWATAKAN KAMARUL AZAM

Watak utama : Kamarul Azam

Perwatakan
Anak Encik Razali dan Puan Katijah
Mempunyai dua orang adik – Kamarul Azmi dan Liza
Tinggal di bandar Johor Bahru
Ketua pasukan pengakap sekolah
Berusia 14 tahun
Seorang yang berani – berhadapan dengan sekumpulan pengganas yang berserkup kepala
Dihormati oleh rakan-rakannya – arahannya dipatuhi
Tidak pernah meninggalkan solat
Menyayangi keluarganya
Sabar menghadapi peristiwa tragis – ayahnya mangsa nahas udara

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: NILAI

Bekerjasama

NILAI Bertanggungjawab

Kegigihan

(1) kerjasama – Kamarul Azam dan rakan-rakannya – mencacakkan kayu di hadapan dan di belakang motobot – bekerjasama semasa mengadakan perkhemahan

(2) bertanggungjawab – Kamarul Azam – mengagihkan tugas berjaga malam dalam kalangan rakannya secara adil

(3) kegigihan – Kamarul Azam dan Razi – berusaha membuka ikatan tali yang mengikat tangan mereka dengan menggesekkan tali itu ke bahagian dinding motobot

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: TEMA

Pengalaman penuh tragik yang ditempuh dengan ketabahan
a) ketabahan Azam dan Razi ketika bot rosak semasa letupan – akibat letupan kapal terbang, bot merempuh tebing tali air lalu rosak – tidak berputus asa – berikhtiar untuk membaiki kerosakan – tidak berjaya – menggerakkan bot itu dengan galah sahaja

b) Azam dan Razi tabah ketika ditawan oleh penjahat – ditinggalkan di dalam motobot yang bocor dengan tangan terikat – tidak patah semangat – membuka ikatan – berjaya

c) keluarga mangsa menerima takdir – berkumpul di Hotel Gentre untuk mengetahui perkembangan tragedi – saling membantu dan memberikan sokongan moral sesama mereka

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: TEKNIK PLOT

1) Imbas muka
· Azam termenung sendirian di Pulan Rangsang sambil memikirkan keadaan ibunya. Dia menjangkakan bahawa ibunya memerlukannya untuk menghadapi acara pengebumian mangsa nahas

2) Imbas kembali
· Azam membandingkan keadaan percutian mereka di Port Dickson suatu masa dahulu dengan keadaan perkhemahan yang akan ditempuhinya pada hari esok
· Azam teringat perbualan telefon antara dia dengan ayahnya.

3) Pemerian
· Menggambarkan keadaan air yang bertebaran tidak tentu hala, bergelombang ke tepi dan menghasilkan buih yang memutih ketika bot yang membawa Kamarul Azam dan kawan-kawannya sedang melunjur laju
· Azam nampak perubahan mendadak pada wajah ibunya itu.
· Bandar Johor Bahru masih sibuk dengan orang dan kenderaan.

4) Dialog
· “Semoga mereka selamat,” desis Lina Lim.
“Ya, mudah-mudahan,” balas Zanawati.

5) Monolog dalaman
Mereka perlu ditangkap dan dihukum dengan wajar. Begitulah Azam memutuskan.

6) Saspens
Azam dan Razi ditawan oleh orang-orang yang memakai serkup muka dan dibawa ke tengah laut.

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN

(1) Antik
- anak Pak Widodo Samsi dan Ibu Tini
- membantu bapanya menangkap ikan
- sebaya dengan Kamarul Azam
- cekap mengendalikan motobot
- warga Indonesia

(2) Razi
- kawan Kamarul Azam
- cekap mengendalikan motobot
- sebaya dengan Kamarul Azam
- terdampar di Pulau Rangsang bersama-sama dengan Kamarul Azam
- taat pada suruhan Tuhan

(3) DSP Yazid
- bapa saudara Kamarul Azam
- anggota keselamatan
- bijak, penyabar, dan tegas
- berkawan baik dengan Fairuz Khan

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: PENGAJARAN

1) Hendaklah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara jiran – hubungan baik antara Malaysia dengan Indonesia – isu kemasukan Antik ke Malaysia tanpa dokumen yang sah dapat diselesaikan – selamat pulang ke pangkuan keluarga

2) Perlulah bekerjasama supaya kerja yang susah menjadi mudah – masing-masing menjalankan tugas semasa berkhemah – mencari kayu api – menyediakan makanan

3) Mestilah tabah menghadapi dugaan – Puan Katijah tenang walaupun kehilangan suami tersayang – reda dengan ketentuan Ilahi

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: NILAI MURNI WATAK KAMARUL AZAM

Kebijaksanaan
- Azam membantu rakannya
menyelesaikan masalah
- Razi merungut kerana
banyak kelkatu dan agas
masuk ke dalam makanan
semasa makan
- Azam bertindak menyalakan
unggun api dengan
menggunakan ranting kering


Keberanian
- demi keluarganya, Azam sanggup meredah samudera untuk kembali ke pangkuan keluarganya dan menghadiri upacara pengebumian ayahnya


Kesyukuran
- Azam amat bersyukur kerana ditemukan dengan pasukan keselamatan dan dapat menghadiri upacara pengebumian mangsa nahas tepat pada masanya

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: NILAI

NILAI
Berani kerana benar
Gigih berusaha
Cinta akan negara

berani kerana benar
- keberanian Azam dan Razi untuk melihat letupan kuat yang berlaku sehingga mereka ditangkap oleh pengganas dan dibiarkan hanyut di lautan sehingga hampir mati lemas

gigih berusaha
- Kamarul Azam begitu gigih berusaha untuk mencapai tahap tertinggi dalam pasukan pengakap

cinta akan negara
- DSP Yazid melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab semasa menyiasat kes rampasan kapal terbang demi cintanya akan negara

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: PENGAJARAN

1) kita hendaklah memupuk semangat kerjasama berpasukan – Azam menunjukkan kerjasama dalam pasukan pengakap

2) manusia hendaklah saling membantu antara satu sama lain – Pak Widodo dan Antik membantu Azam setelah dibiarkan hanyut oleh penjahat

3) kita hendaklah bersabar menerima dugaan – ibu Azam bersabar menerima takdir kematian suaminya dalam tragedi pesawat terhempas

4) kita juga perlu bersyukur kepada Ilahi atas segala dugaan terhadap hamba-Nya – Azam dan Razi bersyukur lantaran diri mereka berdua masih selamat di Pulau Rangsang
5) kita hendaklah sentiasa menghormati dan mematuhi segala arahan pemimpin – Sarjan Salleh mematuhi segala arahan DSP Yazid

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: LATAR TEMPAT

1 Rumah keluarga Encik Razali
- mereka sekeluarga minum petang

2 Di dalam bot
- Azam dan rakan-rakan bertolak ke Tanjung Pangku
- Azam dan Razi ditinggalkan dalam keadaan bot bocor

3 Tanjung Pedas
- berhenti berehat, makan, solat, dan mandi-manda

4 Tanjung Pangku
- Azam dan rakan-rakannya pergi berkhemah
- Azam dan Razi pergi ke balai polis lalu menyaksikan peristiwa kapal terbang terhempas
- Azam dan Razi diculik penjahat

5 Hotel Gentre
- keluarga mangsa berkumpul
- Perdana Menteri datang mengucapkan takziah

6 Rumah Pak Widodo
- Azam dan Razi dirawat setelah ditemui oleh Pak Widodo yang hanyut setelah bot mereka bocor dan terbalik

7 Di tengah lautan
- Azam, Razi, dan Antik mencari jalan pulang ke Malaysia
- pertemuan antara Antik dengan Pak Widodo

8 Di tanah perkuburan, Jalan Kebun Teh
- mangsa dikebumikan
- pertemuan Azam dengan keluarga dan rakan-rakan

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: LATAR MASYARAKAT

1 Mempunyai semangat perpaduan kaum
- Azam, Lim, Rendra, dan Zanawati merupakan sahabat baik
- masyarakat menerima keputusan untuk mengebumikan semua mangsa pelbagai kaum bersama-sama

2 Mengamalkan cara hidup sihat
- Azam makan bersama-sama dengan keluarganya
- melancong bersama-sama dengan keluarga
- Azam, Chandra, dan Razi aktif berpersatuan, iaitu Pengakap, manakala Linda, Lim, dan Zanawati terlibat dalam persatuan Pandu Puteri

3 Taat akan suruhan agama
- masyarakat masih berpegang kuat kepada agama kerana masih mengerjakan ibadat dalam keadaan di luar rumah

4 Bekerjasama dalam menjayakan sesuatu
- Azam dan rakan-rakannya bekerjasama menjayakan ekspedisi
- Pihak SAM (Syarikat penerbangan) bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat kejadian

5 Prihatin
- Pak Widodo dan Antik sanggup menyelamatkan Azam dan Razi dan membawa mereka pulang untuk dirawat walaupun perbuatan mereka salam di sisi undang-undang
- Puan Khatijah dan beberapa orang lain membantu pihak syarikat penerbangan menenangkan keluarga mangsa yang tidak dapat mengawal perasaan

6 Rajin bekerja
- Menteri Pertanian mengadakan lawatan kerja ke Utara Semenanjung
- Azam dan rakan-rakan rajin ke sekolah walaupun cuti

TRAGEDI EMPAT DISEMBER: LATAR MASA

Latar Masa
1 Cuti penggal persekolahan – bulan Disember 1977
- peristiwa berlaku dari awal hingga akhir

2 Sabtu, 3 Disember 1977
- minum petang sekeluarga di rumah

3 Ahad, 4 Disember 1977 - pagi
- Azam dan rakan-rakan bertolak ke Tanjung Paku
- Ayah bertolak ke Pulau Pinang untuk mengikuti rombongan Menteri Pertanian

4 Ahad, 4 Disember 1977 - malam
- kapal terbang dirampas pada pukul 8.15 malam
- Azam dan rakan-rakan mula berkhemah
- Azam dan Razi ke Balai Polis Tanjung Pangku pada pukul 8.15 malam
- Kapal terbang yang dirampas terhempas pada pukul 8.31 malam
- Azam dan Razi ditangkap penjahat

5 Isnin, 5 Disember 1977
- berita rampasan dan nahas tersebar
- berita kehilangan Azam dan Razi juga diketahui oleh DSP Yazid dan keluarganya
- ahli keluarga mangsa berkumpul di Hotel Gentre, J. Bahru
- DSP Yazid melawat dan menyiasat di Tanjung Pangku
- Antik dan Pak Widodo menyelamatkan Azam dan Razi (tengah malam)

6 9 Disember 1977
- mangsa tragedi dikebumikan
- Azam dan Rzi bertembung dengan polis peronda dan dibawa ke tapak perkuburan mangsa di Jalan Kebun Teh

7 Siang hari
- perpisahan antara Azam dengan Antik di tengah lautan

KANANG: LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang cinta akan tanah air dengan sepenuh jiwa raga
- Anggota tentera yang diketuai Kanang yang tabah berjuang mempertahankan keamanan negara daripada ancaman musuh, iaitu pengganas komunis walaupun mereka terpaksa menggadaikan nyawa mereka.

Masyarakat yang berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan adat resam
- Kanang melakukan upacara tertentu, iaitu upacara “piring” dengan mempersembahkan makanan kepada dewa sebelum pergi berjuang supaya perjuangan yang bakal dihadapi selamat ditempuhi dan mencapai kejayaan.

Masyarakat yang prihatin tentang kebajikan orang lain
- Pegawai atasan dan rakan-rakan Kanan serta orang awam telah datang melawati dan menziarahi Kanang di hospital ketika terlantar selama setahun kerana cedera parah dalam pertempuran dalam Operasi Gerakan Pukat.

Masyarakat orang Iban di pedalaman Sarawak
- Kanang dilahirkan di rumah panjang dan hidup sebagai orang kampung pedalaman yang mengalami pelbagai peristiwa pahit dan manis.

Masyarakat tentera yang berdisiplin
- Kanang sangat berdisiplin setelah menyertai pasukan keselamatan

Masyarakat tentera yang patriotik
- Kanang sanggup berkorban jiwa dan raga demi melaksanakan perjuangan untuk membebaskan negara daripada ancaman pengganas.

Masyarakat Malaysia yang memandang tinggi jasa anggota pasukan keselamatan
- Kanang dianugerahi pelbagai pingat dan bintang sebagai mengenang jasa beliau dalam pasukan keselamatan.

KANANG: PERWATAKAN HELEN

Soalan: Jelaskan secara ringkas perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel “Kanang”.

Watak sampingan : Helen Latai anak Intie
1) isteri yang memahami
- memahami sikap Kanang
- tidak marah walaupun ada wanita yang menggilai dan ingin berjumpa
dengan suaminya

2) bersikap penyayang
- menyayangi suaminya
- ketika suaminya terlantar tidak sedarkan diri, dia tidak makan selama
tiga hari kerana terlalu berdukacita

3) bersikap tabah
- sering ditinggalkan suaminya yang bertugas semasa menjalankan
operasi
- bersemangat kental menanti kepulangan suaminya yang sering terdedah
kepada bahaya selaku anggota tentera

KANANG: KEISTIMEWAAN KANANG

Keistimewaan watak utama
a) banyak kemahiran – menjejak atau memburu musuh di dalam hutan – dipelajari daripada datuknya


b) cekap berfikir walaupun dalam keadaan terdesak – terselamat daripada ditawan tentera Siliwangi, Indonesia

c) mendapat firasat tentang sesuatu perkara buruk yang akan berlaku – dalam operasi di Hutan Korbu, beliau telah berjumpa pak haji dalam mimpinya – pak haji menyatakan bahawa ayamnya akan menang tetapi beliau harus berusaha dan menggali dua buah lubang – beliau percaya itu ialah petanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku kepadanya dan pasukannya

KANANG: PERWATAKAN KANANG

(3) Perwatakan watak utama
a) berani - ketika operasi di Hutan Korbu, Kanang telah menumpaskan banyak pengganas – semasa konfrontasi, beliau menyelamatkan Pegawai Memerintahnya daripada musuh dalam pertempuran di Lubuk Antu, Sarawak

b) sangat nakal - menyumpit ayam orang hingga mati menggelupur – ditinggalkan oleh ibunya

c) bijaksana - mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu operasi – dalam saat genting ketika ditawan oleh tentera Siliwangi, Indonesia, beliau telah menyamar sebagai orang awam dan bercakap dalam bahasa Iban sehingga berjaya melepaskan diri daripada ditawan

KANANG: PERSOALAN

(1) Persoalan.
a) kenakalan anak dalam keluarga yang bermasalah
b) disiplin amat tinggi dalam kalangan anggota tentera
c) ketegasan ketika menjalankan tugas diperlukan
d) semangat setia kawan yang tinggi dalam pasukan


(2) Persoalan tentang ketabahan ketika menghadapi dugaan.
a) ditinggalkan ibu bapa sejak kecil
b) tidak mendapat kenaikan pangkat
c) cedera parah dalam operasi

KANANG: NILAI

Nilai dalam novel “Kanang

Nilai
(1) Keberanian dan ketabahan
- Kanang sentiasa menunjukkan keberanian dan ketabahannya bertempur dengan musuh dalam setiap operasi yang disertainya.
- Kanang berani menembak musuh, kemudian mencantas muka musuhnya dan menjilat darahnya

(2) Kasih sayang
- Hubungan Kanang dengan isterinya, Helen
- Helen digambarkan dengan penuh kasih sayang sanggup berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Kanang yang koma sehinggalah Kanang mendapatkan rawatan selama setahun.

(3) Kerajinan
- sikap Kanang yang rajin menjalani latihan kawad

(4) Mementingkan kekemasan dan kebersihan
- Kanang digambarkan sentiasa berpakaian kemas dan rapi serta kasutnya sentiasa berkilat semasa menjalani latihan.

(5) Hormat kepada ketua
- Kanang sentiasa menurut perintah dan arahan pegawainya

(6) Kerjasama
- Kerjasama Kanang dan anggota tentera yang lain sebagai satu pasukan, misalnya dalam operasi Gerak Setia 8/79.
- Kanang dan anggota yang lain membantu rakan-rakan mereka yang tercedera ke winching point untuk diberikan rawatan, manakala anggota risik tempur dan pasukan tinjau khas mengawal keselamatan kawasan tersebut.

(7) Menghargai jasa
- Kanang telah dianugerahi pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) sebagai menghargai jasa dan pengorbanannya mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
- potret Kanang telah diabadikan di Muzium Angkatan Tentera.

KANANG: NILAI KEMANUSIAAN

Soalan: Jelaskan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel.

Gigih – tidak fasih berbahasa Melayu ataupun Inggeris tetapi dapat menjalani latihan hingga tamat – Sekolah Latihan Peperangan Hutan, Ulu Tiram

Berani – berjalan di hadapan sekali ketika operasi di hutan walaupun dia mengetuai pasukan peninjau untuk memastikan keselamatan

Berdisiplin – pakaiannya sentiasa kemas dan berambut pendek – baju berkanji dan berseterika – kasut berkilat - mendapat kelepasan dalam berkawad kerana menunjukkan disiplin yang tinggi

KANANG: GAYA BAHASA

Diksi
Pemilihan kata yang digunakan sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan dunia ketenteraan. Contohnya, markas, raifal, platun.
Ayat
Ayat pendek. Contohnya,
Malam.
Badan masih lesu.
Ayat panjang. Contohnya:
Pada jam 2130 malam, selaku platun risik gempur 8 Renjer, saya telah menerima hukuman bergerak bersama-sama dengan kompeni C tinjau khas dan platun risik gempur RAMD.
Penggunaan Bahasa Asing
Contohnya, launcher, All round defence, paper potting, dan sebagainya.
Bahasa China, iaitu Chow.
Bahasa Iban, iaitu agi idup agi ngelaban.
Peribahasa
Maklumlah selama ini saya umpama katak di bawah tempurung.
Seperti sirih pulang ke tepak, maka saya pun ditukarkan semula ke batalion yang telah mengharumkan nama saya dahulu, Iaitu Batalion Kelapan Rejimen Renjer Malaysia.
Anak buah – merujuk kepada anggota bawahan Kanang yang tercedera dan terkorban semasa Gerakan Setia di Hutan Korbu.
Simile
o Pendek kata hidup saya laksana perahu yang terumbang-ambing dibuai ombak dan tidak mempunyai arah tujuan.
Repitasi/Pengulangan
o Kalau datuk ke sungai menjala ikan, saya ikut. Kalau datuk ke hutan pergi memburu, saya ikut.
Personifikasi
o Keletihan membuatkan saya tidur begitu nyenyak dengan dengkur yang keras tetapi sang mimpi telah mengganggu saya.
Metafora
o Api marah sudah menghantui saya.
Hiperbola
o Tangan kanannya tidak boleh diangkat. Dagingnya kelihatan berkecai dan darah membuak keluar.
Sinkof
o “Tunggu pak cik! Saya nak potong kepala pak cik!” Saya berteriak.
Loghat daerah
o Dua kupang lima duit

KANANG: LATAR TEMPAT

LATAR TEMPAT

1) Hutan – tempat Kanang selalumengikut datuknya berburu dan tempat Kanang menjalankan tugas.
2) Sekolah Latihan Peperangan Hutan (sekarang Pusat Latihan Tentera Darat – PULADA) – tempat Kanang mula menjalani latihan rekrut setelah dipilih menyertai Sarawak Rangers.
3) Brunei – Kanang dan pasukannya diberi tugas untuk mematahkan pemberontakan yang diketuai oleh Azahari.
4) Mersing, Johor – Kanang dan rakan-rakannya diberikan tugas untuk menjejak sekumpulan askar Indonesia yang menceroboh masuk pada zaman konfrantasi. Mereka telah berjaya membunuh 13 orang tentera musuh dan menawan seorang tentera.
5) Lubuk Antu, Sarawak – Kanang menyelamatkan Pegawai Memerintah yang hampir dibunuholeh musuh dalam satu pertempuran.
6) Rumah Panjang Skra Hilir di Simanggang – tempat Kanang mula bertemu dan berkenalan dengan Helen Latai. Kemudian, mereka berkahwin. Di sini jugalah Kanang sekeluarga tinggal selepas bersara.
7) Kem Terendak Melaka – tempat Kanang sekeluarga tinggal apabila Kanang bertugas dengan Batalion Kelapan Rejimen Renjer.
8) Kawasan hutan Korbu di negeri Perak – Gerakan Setia 8/79 dijalankan untuk memburu Nam Yat dan anggota Markas Unit Penggempur Kelima .
9) Kawasan hutan di Tanah Hitam, Perak – tempat Gerakan Pukat dijalankan dan di sinilah Kanang mengalami kecederaan.
10) Hospital – tempat Kanang menjalani rawatan selama setahun setelah tercedera dalam Gerakan Pukat.
11) Tugu Peringatan Negara – Kanang menerima “Pisau Angkatan Tentera” daripada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Dato’ Mohd. Seth.
12) Muzium Angkatan Tentera – majlis penyerahan potret Kanang kepada pihak muzium.

KANANG: PLOT

Soalan : Huraikan binaan plot dalam novel yang anda kaji.

Binaan Plot
- Permulaan
- Perkembangan
- Perumitan
- Puncak/klimaks
- Peleraian

(1) peristiwa Kanang yang merupakan budak nakal semasa kecil – menghadapi kesusahan hidup akibat perpisahan ibu bapa – dipelihara oleh datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibu kerana terlalu nakal
(2) peristiwa Kanang melakukan pelbagai kerja seaktu remaja – tukang masak dan penoreh getah – diterima menjadi anggota Iban Tracker
(3) peristiwa Kanang berjaya menentang tentera Indonesia semasa zaman konfrontasi – berjaya membunuh beberapa orang pengganas komunis
(4) peristiwa Kanang mengalami kecederaan parah di Hutan Korbu – tidak sedarkan diri – terlantar di hospital selama setahun
(5) peristiwa Kanang tersedar daripada koma dan setelah pulih, dia meneruskan perkhidmatan dalam angkatan tentera sehingga bersara – kehidupannya agak sukar setelah bersara – diabaikan walaupun menaburkan jasa yang besar

KANANG: NILAI DAN PENGAJARAN

Soalan: Bincangkan nilai dan pengajaran yang diperoleh daripada novel yang anda kaji.

NILAI
n Cinta akan tanah air. Contohnya, Kanang dan anggota tentera yang lain sanggup berjuang tanpa mengira masa dan kepentingan peribadi untuk.
n Penyayang. Helen sentiasa di sisi suaminya semasa suaminya dirawat.
n Rajin. Contohnya walaupun Kanang terkenal sebagai remaja yang nakal, tetapi dia rajin bekerja untuk mencari wang.
n Baik hati. Contohnya, walaupun Kanang sudah tidak bekerja mengangkut arang batu, tetapi Mr. Ford masih memberi Kanang wang perbelanjaan.
n Keberanian. Contohnya, Kanang sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamnatkan orang lain.

PENGAJARAN
n Setiap rakyat haruslah cinta akan tanah air dan sanggup berbakti untuk memajukan tanah air.
n Setiap anggota tentera mestilah memiliki sifat berani berjuang menentang musuh.
n Setiap orang hendaklah tabah menghadapi kesusahan dalam hidup.
n Setiap orang mestilah memiliki perasaan kasih sayang.
n Seseorang isteri hendaklah setia kepada suaminya dan sedia berkorban.